Tuesday, March 5, 2013

Penyelesaian Bersepadu

Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang
membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet
menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana
sahaja yang mempunyai capaian Internet.

Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu?

Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan


Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia.
Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran
dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah.Kandungan Internet
juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana
akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh
KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

Di Luar Kawasan Sekolah: Fleksibiliti dan Mobiliti


Frog VLE adalah platform berteras
cloud yang fleksibel dan boleh diakses
dimana -mana jua dari luar kawasan
sekolah. Fail dan data yang disimpan
dicloud boleh diakses dimana-mana
sahaja dan bila-bila masa dengan
capaian Internet. Malah, pengguna
diberi akses percuma ke VLE setiap
kali log masuk dari rangkaian Yes
dengan ID log masuk VLE. Samada
menggunakan rangkaian Yes atau Yes
Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi
penggunaan VLE.