Lawatan Penanda Aras dari Thailand ke SK Jawi

13/01/2012 - Pelajar dan Guru Pengiring dari Thailand datang ke SK Jawi. Antara lokasi yang dilawati ialah Makmal Komputer

Penggunaan ICT di kalangan guru SK Jawi

Guru-guru turut menggunakan kemudahan Makmal Komputer mahupun Pusat Akses untuk mengakses bahan dan sebagainya

Penggunaan ICT di kalangan murid-murid SK Jawi

Murid-murid sedang menggunakan CD Perisian Bestari yang dibekalkan kepada sekolah di Pusat Akses

awi

Pengajian dan Pembelajaran di Makmal Komputer

Murid-murid sedangkan mengaplikasikan ICT dengan menyiapkan tugasan berkomputer

Dapatkan maklumat terkini di Facebook / Blog Rasmi SK Jawi

Sila layari Facebook SK Jawi dan Blog Rasmi SK Jawi di sk-jawi.blogspot.com

Friday, December 27, 2013

Taklimat SPS Sepanjang Tahun 2013



TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) KALI 1 / 2013

Tarikh               :           9/9/2013
Hari                  :           Isnin
Masa                :           2.00 – 5.00 petang
Tempat             :           Bilik Mesyuarat, SK Jawi
Sasaran           :           Semua Guru

Pengenalan
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari.

Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah.

Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

Kandungan SPS

SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :

1.    Pengurusan Maklumat Sekolah
2.    Pengurusan Kemudahan Sekolah
3.    Pengurusan Takwim
4.    Pengurusan Pentadbir Sistem
5.    Pengurusan Staf
6.    Pengurusan Murid
7.    Pengurusan Sistem Rumah
8.    Pengurusan Jadual Waktu
9.    Pengurusan Asrama (SK – tidak berkenaan)
10.  Pengurusan Kehadiran
11.  Pengurusan Kedatangan Murid
12.  Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
13.  Pengurusan Buku Teks
14.  Pengurusan Disiplin
15.  Pengurusan Kurikulum
16.  Pengurusan Kandungan
17.  Pengurusan Program Nilam
18.  Pengurusan Peperiksaan
19.  Pengurusan Kokurikulum
20.  Pengurusan Laporan
21.  Pengurusan Utiliti

22.  Pengurusan e-Cuti


Aktiviti :

1.    Pentadbir Sistem SPS SK Jawi ialah Guru ICT iaitu Pn. Rohani bt Osman. Beliau menerangkan tentang Pengenalan Kepada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) kepada semua guru termasuk pentadbir sekolah.

2.    Pembantu pentadbir sistem SPS SK Jawi ialah PK Kokurikulum iaitu En. Hashmam bin Abda Rahim. Guru-guru boleh merujuk kepada beliau juga untuk sebarang pertanyaan mengenai SPS.

3.    Menerangkan tentang kewujudan dua kumpulan pengguna iaitu Tadbir Guru (untuk kumpulan guru-guru dan staf) dan Tadbir Guru Kelas (untuk kumpulan guru-guru kelas).

4.    Taklimat ini lebih menerangkan kepada kumpulan guru-guru dan staf (keseluruhan).

5.    Pentadbir sistem menerangkan langkah-langkah untuk memasuki laman dan log masuk menggunakan ID pengguna dan katalaluan masing-masing yang telah diberikan setiap satu pengguna.

6.    Pentadbir sistem menerangkan bahawa pengemaskinian maklumat peribadi akan dilakukan oleh pengguna itu sendiri, bukan hanya pentadbir sistem sahaja.

7.    Sesi terakhir ialah sesi soal jawab guru mengenai SPS.



TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) KALI 2 / 2013

Tarikh              :           22 Oktober 2013
Hari                 :           Selasa
Masa               :          8.00 pagi
Tempat            :          Bilik Mesyuarat, SK Jawi
Sasaran           :          Semua Guru Kelas

Aktiviti :

1.    Pada taklimat pertama Pn. Rohani bt Osman telah menerangkan tentang Pengenalan kepada SPS. Taklimat kali ini beliau lebih menekankan tentang Tadbir Guru Kelas (untuk kumpulan guru-guru kelas).

2.    Pentadbir sistem menerangkan semula langkah-langkah untuk memasuki laman dan log masuk menggunakan ID pengguna dan katalaluan masing-masing yang telah diberikan setiap satu pengguna.

3.    Pentadbir sistem menerangkan bahawa pengemaskinian maklumat kelas akan dilakukan oleh guru kelas itu sendiri, bukan hanya pentadbir sistem sahaja.

4.    Sesi terakhir ialah sesi soal jawab guru mengenai SPS.

Tuesday, July 9, 2013

HAPPY FASTING ,, SELAMAT BERPUASA 2013 -1434H !!!!

Assalamualaikum wtb…

Its been a year and now Ramadhan is coming!!! A month of seeking forgiveness, seek for demolishing all sins that had been made and a month of improving the worship to Allah SWT. It is a kind of test to our faith, for us to feel the hunger for a month but nothing compared to those who have to hunger daily in their life. We have to appreciate for what Allah have given us and must have faith of what we are doing


"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Al-hamdu lillahi rabbil' alamin..."
On Ramadan, may all your prayers be accepted by Allah.. And you are showered upon by His love and bleesings.
We would like to wish you all Selamat Berpuasa!



Also, I would like to wish all Muslims Happy Fasting, Selamat Berpuasa in this Holy month of Ramadhan Al-Mubarak 1429 Hijrah. Be strong, keep your faith always! Hopefully that this Ramadhan would bring all the good things, more meaningful, blissful and blessed! 

May Allah bless all of us, amin!

Friday, May 10, 2013

Ujian Permata Pintar UKM1 Masih Dijalankan

Seperti yang sedia maklum, Ujian Permata Pintar UKM1 masih boleh dilakukan sehingga 31 Mei 2013. Murid-murid SK Jawi yang masih belum, turut digalakkan untuk menjalani ujian ini.

Berikut terdapat gambar-gambar murid yang telah menjalani ujian ini di Makmal Komputer, SK Jawi.

 

 

 

Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya menamatkannya. Sijil-sijil bagi yang telah berjaya menamatkan ujian ini akan di cetak kerana sijil tersebut telah dijana dalam bentuk PDF melalui laman web Ujian Permata Pintar UKM1.

Wednesday, April 10, 2013

Ujian Permata Pintar UKM1 2013

 


 


 


 


Mulai hari ini & hari seterusnya, murid-murid SK Jawi terutamanya dari Tahun 3 hingga Tahun 6 digalakkan untuk datang ke Makmal Komputer untuk menjalani Ujian Permata Pintar UKM1 2013. Ujian ini telah bermula pada 1 Februari 2013 dan tamat pada 31 Mei 2013.

Sila layari laman web ini http://ukm1.permatapintar.edu.my

Tahniah diucapkan kepada 3 kelas tahun 6 (6 Gemilang, 6 Bestari, 6 Pintar) yang berjaya menjalani ujian ini.

Sijil akan dijana oleh pihak kami, kemudian dicetak untuk diberikan kepada semua yang berjaya.

Dimohon kerjasama guru2 Sk Jawi untuk membenarkan mereka menjalani Ujian ini. Kerjasama dari semua pihak amatlah kami hargai. Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya.

Kepada yang masih belum habis menamatkan ujian tersebut bolehlah menyambungnya dirumah atau boleh datang semula ke Makmal Komputer pada waktu rehat / petang selepas persekolahan.

Anda boleh berjumpa dengan Guru ICT Rohani Osman / Juruteknik Siti Musleha Musa untuk menjalani ujian ini. Sebarang pertanyaan bolehlah berjumpa kami di Unit ICT. TQ.

Wednesday, April 3, 2013

V L E ( Virtual Learning Enviroment )





APAKAH PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA (VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT) VLE ?





SK JAWI  sedang menuju ke arah Persekitaran Pembelajaran Maya atau juga dikenali Virtual Learning Enviroment  yang menggunakan platform Frog VLE di bawah projek 1Bestarinet. Frog VLE  adalah satu platform pembelajaran yang akan memberi manfaat kepada sekolah dengan cara yang luar biasaTetapi banyak persoalan yang timbul. Adakah platform pembelajaran inirelevan di sekolah-sekolah? Bagaimanakah perlaksanaannya? Sesuaikah dilaksanakan di sekolah?

Diharapkan video ini dapat memberi penjelasan yang mudah untuk menjawab semua soalan-soalan ini dan banyak lagi.Berkongsilah dengan rakan-rakan anda dan sesiapa sahaja yang tidak tahu tentang platform pembelajaran ini dan mereka yangmemerlukan penjelasan yang jelas mengenai bagaimana ia berfungsi!
Sila tonton video dibawah ini.


KE ARAH TRANSFORMASI PENDIDIKAN
PENDIDIKAN DI ALAF BARU