Tuesday, March 5, 2013

Kerjasama Teknologi

Penyelesaian pendidikan bersepadu generasi baru akan dilaksanakan oleh kepakaran YTL Communications Sdn Bhd, selaku rakan teknologi rasmi KPM untuk projek 1BestariNet.YTL Communications Sdn Bhd adalah subsidiari syarikat utiliti, YTL Power International Berhad dan beroperasi sebagai penggerak telekomunikasi dalam YTL Corporation Berhad Group. YTL Communications bertekad menyediakan perkhidmatan berpatutan bertaraf dunia untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat di seluruh Malaysia menerusi rangkaian Internet mudah alih 4G yang sedang dibangunkan.

Telekomunikasi amat penting dalam pembangunan masyarakat dan negara di seluruh dunia. Sebagai masyarakat korporat yang bertanggungjawab, YTL Communications komited untuk:
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.
  • Meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.
  • Menyokong inisiatif mempromosikan inovasi berteras teknologi.
  • Membentuk pemimpin masa depan berkualiti dengan sokongan pendidikan dan pembelajaran yang mantap.
  • Meningkatkan cara penyampaian pendidikan menerusi penyelesaian pembelajaran Internet bersepadu.
Ketahui lanjut mengenai inisiatif pendidikan Kumpulan YTL dan rakan kerjasama.