Friday, December 27, 2013

Taklimat SPS Sepanjang Tahun 2013



TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) KALI 1 / 2013

Tarikh               :           9/9/2013
Hari                  :           Isnin
Masa                :           2.00 – 5.00 petang
Tempat             :           Bilik Mesyuarat, SK Jawi
Sasaran           :           Semua Guru

Pengenalan
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari.

Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah.

Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).

Kandungan SPS

SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :

1.    Pengurusan Maklumat Sekolah
2.    Pengurusan Kemudahan Sekolah
3.    Pengurusan Takwim
4.    Pengurusan Pentadbir Sistem
5.    Pengurusan Staf
6.    Pengurusan Murid
7.    Pengurusan Sistem Rumah
8.    Pengurusan Jadual Waktu
9.    Pengurusan Asrama (SK – tidak berkenaan)
10.  Pengurusan Kehadiran
11.  Pengurusan Kedatangan Murid
12.  Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
13.  Pengurusan Buku Teks
14.  Pengurusan Disiplin
15.  Pengurusan Kurikulum
16.  Pengurusan Kandungan
17.  Pengurusan Program Nilam
18.  Pengurusan Peperiksaan
19.  Pengurusan Kokurikulum
20.  Pengurusan Laporan
21.  Pengurusan Utiliti

22.  Pengurusan e-Cuti


Aktiviti :

1.    Pentadbir Sistem SPS SK Jawi ialah Guru ICT iaitu Pn. Rohani bt Osman. Beliau menerangkan tentang Pengenalan Kepada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) kepada semua guru termasuk pentadbir sekolah.

2.    Pembantu pentadbir sistem SPS SK Jawi ialah PK Kokurikulum iaitu En. Hashmam bin Abda Rahim. Guru-guru boleh merujuk kepada beliau juga untuk sebarang pertanyaan mengenai SPS.

3.    Menerangkan tentang kewujudan dua kumpulan pengguna iaitu Tadbir Guru (untuk kumpulan guru-guru dan staf) dan Tadbir Guru Kelas (untuk kumpulan guru-guru kelas).

4.    Taklimat ini lebih menerangkan kepada kumpulan guru-guru dan staf (keseluruhan).

5.    Pentadbir sistem menerangkan langkah-langkah untuk memasuki laman dan log masuk menggunakan ID pengguna dan katalaluan masing-masing yang telah diberikan setiap satu pengguna.

6.    Pentadbir sistem menerangkan bahawa pengemaskinian maklumat peribadi akan dilakukan oleh pengguna itu sendiri, bukan hanya pentadbir sistem sahaja.

7.    Sesi terakhir ialah sesi soal jawab guru mengenai SPS.



TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) KALI 2 / 2013

Tarikh              :           22 Oktober 2013
Hari                 :           Selasa
Masa               :          8.00 pagi
Tempat            :          Bilik Mesyuarat, SK Jawi
Sasaran           :          Semua Guru Kelas

Aktiviti :

1.    Pada taklimat pertama Pn. Rohani bt Osman telah menerangkan tentang Pengenalan kepada SPS. Taklimat kali ini beliau lebih menekankan tentang Tadbir Guru Kelas (untuk kumpulan guru-guru kelas).

2.    Pentadbir sistem menerangkan semula langkah-langkah untuk memasuki laman dan log masuk menggunakan ID pengguna dan katalaluan masing-masing yang telah diberikan setiap satu pengguna.

3.    Pentadbir sistem menerangkan bahawa pengemaskinian maklumat kelas akan dilakukan oleh guru kelas itu sendiri, bukan hanya pentadbir sistem sahaja.

4.    Sesi terakhir ialah sesi soal jawab guru mengenai SPS.