Thursday, February 23, 2012

Pengisian Data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)











Arahan Pengemaskinian Profil Murid Pada Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian - KPM Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu Aplikasi Pangkalan Data Murid Secara Atas Talian bagi murid di bawah KPM.


Sehubungan itu, semua sekolah dipohon kerjasama untuk mengambil tindakan segera berdasarkan Surat Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah. Semua maklumat perlu dilengkapkan pada atau sebelum 24 Februari 2012. Pautan Pangkalan Data Murid- APDM.

Pada 17 Februari 2012, Guru Data SK Jawi telah mengadakan 1 taklimat kecil untuk guru-guru kelas bagi mengetahui cara-cara mengisi data dalam aplikasi tersbut secara online. Namun sambunga pengisian data murid disambung pada 20 Februari bagi menyiapkan data tersebut.