Wednesday, November 30, 2011

MBMMBI

Pada 14/11/2011 (Isnin), jam 2.00 petang, pihak syarikat Thames telah datang ke Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Jawi untuk menginstalasi Net Support School pada sebuah komputer guru dan 20 buah komputer pelajar yang dilengkapi dengan program bahasa iaitu Fun ‘n Friends (Bahasa Inggeris) dan e-Kata (Bahasa Malaysia).

Pihak syarikat Thames telah membekalkan sebuah buku panduan Sistem Pengurusan Kelas; sebuah buku panduan Perisian Bahasa Malaysia Sekolah Rendah (eKata); sebuah buku panduan Perisian Bahasa Inggeris (Fun ‘n Friends); 3 keping CD perisian Fun ‘n Friends, 3 keping CD perisian e-Kata dan 3 keping CD Demo Video / User Manual.

Proses instalasi Net Support School sedang dijalankan.

Paparan desktop yang telah diinstall Net Support School.

Proses instalasi program Fun & Friends dalam komputer guru.

Paparan desktop bagi komputer guru, menunjukkan semua komputer yang berada dalam satu rangkaian Net Support School.

Contoh program Fun & Friends.

Beberapa komputer yang telah diinstall program Net Support School.

Penyelaras ICT Sekolah Kebangsaan Jawi sedang mencuba program Net Support School dan sedang diperhatikan oleh pihak syarikat Thames iaitu En. Nizam.