Wednesday, April 7, 2010

Makmal Komputer

Makmal Komputer SK Jawi telah ditubuhkan pada awal tahun 2002 dan terletak dibanggunan sendiri iaitu di blok belakang sekolah ini. Pada mulanya makmal komputer ini dilengkapi dengan 20 buah komputer pelajar MIMOS Performa Series, sebuah komputer guru MIMOS Performa Series, sebuah komputer server MIMOS Prima Series yang mempunyai set server yang lengkap, sebuah LCD projektor NEC VT45, sebuah pencetak HP LaserJet 4100N, sebuah pencetak HP DeskJet 840C dan sebuah scanner HP ScanJet 5300C. Makmal Komputer ini diketuai oleh Penyelaras ICT dan dibantu oleh Juruteknik Komputer.


Pada akhir tahun 2009, Makmal Komputer diberi penggantian Makmal Komputer. Makmal Komputer ini dibekalkan 22 buah komputer iaitu 21 buah komputer Dell Optilex 360 dan sebuah komputer pelayan DELL PowerEdge 2900. Dengan ini, hasrat kami untuk penggunaan Makmal Komputer lebih tinggi dengan adanya kemudahan yang lengkap seperti yang disediakan.

Antara sudut-sudut di Makmal Komputer SK Jawi di tahun 2010





Pada bulan Mac 2010, pemasangan LAN iaitu upgrade dari CAT-5e kepada CAT-6 dengan sambungan fiber optik menjadikan Internet dapat diakses dengan lebih baik di mana-mana sudut di sekolah ini. Di harap dapat membantu guru-guru mahupun staf sekolah ini mengakses bahan dari Internet dengan lebih baik.